Ne aku Kasi tau Sinopsis nya Harry potter Azimat Maut:
Azimat Maut
Simbol Azimat Maut
Ketiga-tiga mereka mendapat tahu daripada Xenophilius Lovegood, ayah Luna Lovegood bahawa simbol Grindelwald yang ditemui oleh mereka mewakili tiga objek Azimat Maut: “Elder Wand” (Tongkat Elder), “Resurrection Stone” (Batu Kebangkitan), dan Jubah Halimunan. Apabila ditanya mengenai ketiadaan Luna, Xenophilius memberitahu bahawa Death Eater telah menculik Luna sebagai membalas dendam kerana telah menyokong Harry Potter dalam majalahnya, The Quibbler . Disebabkan bimbang akan keselamatan Luna, beliau telah memanggil pihak kementerian bahawa ketiga-tiga mereka berada di sana, namun mereka telah berjaya melarikan diri.
Harry dapat merasakan bahawa Voldemort sedang mencari Tongkat Elder. Namun, Harry secara tidak sengaja telah menyebut nama Voldemort yang menyebabkan lokasi persembunyian mereka telah terdedah dan ditangkap oleh Pencuri lalu dikurung di rumah besar milik keluarga Malfoy bersama-sama Luna, Dean, Ollivander, dan Griphook. Penemuan pedang Gryffindor milik mereka membimbangkan Bellatrix Lestrange kerana beliau memikirkan bahawa mereka telah berjaya memecah masuk ke bilik keselamatan keluarganya di Bank Gringgotts, lalu beliau telah menyeksa Hermione untuk mendapatkan jawapannya. Dobby Muncul Tiba-Tiba dan menyelamatkan Luna, Dean dan Ollivander. Bunyi yang terhasil menyebabkan Peter Pettigrew pergi menyiasat. Beliau berjaya menangkap Harry namun beliau diingatkan oleh Harry bahawa beliau masih berhutang nyawa dengannya kerana Harry pernah menyelamatkannya dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban yang menyebabkan Peter untuk merengangkan genggamannya. Perbuatanya yang teragak-agak untuk membunuh Harry menyebabkan tangan perak yang dihadiahkan oleh Voldemort untuk mencekiknya hingga mati. Harry dan Ron segera bergegas ke bawah untuk menyelamatkan Hermione. Dobby muncul semula dan Ghaib ke kotej Bill dan Fleur Weasley, namun semasa mereka cuba melarikan diri, Bellatrix telah melemparkan pisau yang menyebabkan kematian Dobby.
Di kotej, Ollivander mengesahkan bahawa Tongkat Elder benar-benar wujud dan kuasa tongkat sakti tersebut boleh berpindah milik andainya penggunanya sekarang dikalahkan atau dilucutkan senjata. Tingkah laku Bellatrix yang sedikit meragukan berjaya meyakinkan mereka bahawa terdapat satu lagi Horcrux yang tersembunyi di bilik keselamatan milik keluarga Lestrange. Dibantu oleh Griphook yang menjadikan pedang Gryffindor sebagai upah, mereka berjaya memecah masuk ke Bank Gringotts dan mendapatkan sebuah lagi Horcrux iaitu Piala Hufflepuff. Namun, setelah mereka berjaya melepaskan diri, Griphook telah mengkhianati mereka dan membawa lari pedang Gryffindor. Sementara itu, Voldemort pula telah membuka makam Dumbledore dan mencuri Tongkat Elder yang Dumbledore perolehi daripada pertarungannya dengan seorang ahli sihir jahat, Gellert Grindelwald. Voldemort sedar yang Horcruxnya sedang dirosakkan; hubungan mindanya dengan Harry secara tidak sengaja telah mendedahkan satu lagi lokasi Horcrux yang berada di Hogwarts.
Peperangan Hogwarts
Ketiga-tiga mereka ke Hogsmeade, iaitu Aberforth Dumbledore menyeludup masuk mereka ke Hogwarts. Harry memberi amaran kepada staf-staf Hogwarts yang Voldemort akan datang menyerang sementara menunggu sekutu Hogwarts tiba.Harry mempelajari bahawa mahkota Ravenclaw adalah satu Horcrux, sementara Hermione memusnahkan piala Hufflepuff dengan taring Basilik yang mereka peroleh dari Bilik Rahsia. Harry mengingat semula bahawa beliau pernah melihat mahkota tersebut dalam Bilik Keperluan dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Ketiga-tiga mereka walaubagaimanapun telah diserang oleh Malfoy, Crabbe dan Goyle. Crabbe yang cuai dalam penggunaan Sihir Fiendfyre yang digunakan untuk menyerang Harry, Ron, dan Hermione telah menyebabkan kematian dirinya sendiri dan memusnahkan mahkota tersebut.
Harry secara tidak sengaja telah menyelami minda Voldemort sekali lagi, yang menunjukkan mereka jalan ke arah Gubuk Menjerit.Setibanya di sana, mereka telah menyaksikan Voldemort membunuh Snape dengan menggunakan Nagini, dengan mempercayai bahawa dengan perbuatan itu akan menjadikan beliau tuan kepada Tongkat Elder. Semasa Snape hampir mati, beliau memberikan memori yang membuktikan kesetiaan beliau kepada Dumbledore, dimotivasikan oleh cinta seumur hidupnya terhadap Lily Potter kepada Harry. Ingatan itu telah mendedahkan perkara sebenar: Setelah disumpah oleh Horcux cincin Gaunt, Dumbledore yang malang telah mengarahkan Snape untuk membunuhnya, jika perlu, pada masa yang strategik. Didedahkan bahawa Snapelah yang membuat patronus rusa betina di dalam Hutan Dean. Memori tersebut turut mendedahkan bahawa Harry juga merupakan satu Horcrux.
Dalam keadaan terpaksa menerima hakikat bahawa beliau akan mati, Harry menghampiri kem Voldemort dalam Hutan Larangan. Sepanjang perjalanan, dia menemui Batu Kebangkitan di dalam bola Snitch untuk menyeru semangat ibu bapanya, Sirius Black dan Remus Lupin yang menenangkan dirinya dan menyediakan jalan yang selamat. Voldemort kemudiannya menyerang beliau dengan menggunakan Sumpahan Tidak Terampun Avada Kedavra. Terjaga di dalam dunia seperti dunia khayalan, Harry tidak pasti sama ada beliau masih hidup ataupun telah mati. Dumblelore kemudiannya muncul dan menerangkan bahawa Horcrux yang berada di dalam tubuhnya kini telah dimusnahkan. Beliau berkata Voldemort masih hidup kerana cebisan jiwanya masih ada yang bermakna Harry juga masih hidup kerana darahnya telah digunakan untuk membangkitkan semula Voldemort.
Harry kembali sedarkan diri, namun beliau telah berpura-pura mati. Voldemort mengarahkan Hagrid untuk mengangkat Harry ke Hogwarts sebagai satu trofi. Apabila Neville Longbottom menentang Voldemort, Topi Pengisih yang berada di atas kepalanya terbakar; yang menyebabkan beliau berjaya menarik keluar pedang Gryffindor dari topi tersebut lalu berjaya memenggal Nagini yang juga salah satu Horcux yang terakhir. Mengetahui bahawa dirinya merupakan tuan sebenar kepada Tongkat Elder, Harry mencabar Voldemort. Hal ini kerana, ketika Draco Malfoy melucutkan tongkat sakti milik Dumbledore dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan ini telah menjadikan draco sebagai tuan kepada Tongkat Elder. Namun, apabila Harry telah merampas tongkat sakti Malfoy, beliau secara tidak sengaja telah menjadi tuan kepada Tongkat Elder; Harry berjaya mendapatkan kesetiaan tongkat sakti tersebut apabila beliau berjaya menangkap tongkat sakti milik Draco. Voldemort menghasilkan Sumpahan Pembunuh ketika Harry melancarkan Sihir Melucutkan Senjata, namun Tongkat Elder tersebut membalikkan semula sumpahan tersebut kepada Voldemort lalu membunuhnya.
Antara mereka yang terbunuh dalam peperangan ini ialah Fred Weasley, Remus Lupin, Nymphadora Tonks, Colin Creevey dan Bellatrix Lestrange. Harry memberitahu kepada potret Dumbledore yang beliau akan menyimpan Jubah Halimunan, tetapi Batu Kebangkitan kekal hilang dalam hutan sementara Tongkat Elder akan dipulangkan semula kepada makam Dumbledore di mana kuasanya akan terhapus jika Harry mati tanpa ditewaskan. Dumbledore mempersetujuinya. Sebelum memulangkan Tongkat Elder tersebut, beliau menggunakannya untuk membaiki tongkat sakti miliknya sendiri.
Epilog
19 tahun kemudian, Harry dan Ginny Weasley telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak iaitu : James, Albus Severus, dan Lily. Ron dan Hermione juga telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak iaitu Rose dan Hugo. Keluarga-keluarga tersebut telah bertemu di Stesen King’s Cross , di mana Albus yang gemuruh sedang bertolak ke Hogwarts sebagai pelajar tahun pertama. Anak angkat Harry, Teddy Lupin yang berusia 19 tahun, telah ditemui mencium Victoire Weasley (Anak perempuan Bill dan Fleur) di dalam gerabak keretapi. Teddy amat rapat dengan keluarga Potter , dengan Harry pernah berkata, “Beliau telahpun datang menghadiri makan malam empat kali seminggu.” Harry ternampak Draco Malfoy dan isterinya dengan anak lelakinya Scorpius; Malfoy mengakui Harry dengan anggukan yang ringkas tetapi kasar sebelum berlalu pergi. Harry menenangkan Albus, yang ketakutan jika beliau dikisihkan ke Slytherin , dengan meberitahunya bahawa nama asal beliau berasal daripada Severus Snape , dan merupakan seorang ahli kumpulan Slytherin dan merupakan lelaki yang paling berani pernah beliau temui. Harry juga menambah bahawa Topi Pengisih turut mengisih seseorang ke kumpulan rumah yang disukai pelajar tersebut. Neville Longbottom kini merupakan profesor Herbologi Hogwarts dan merupakan kawan rapat Harry. Buku itu disudahkan dengan : The scar had not pained Harry for nineteen years. All was well. yang bermaksud “Parut tersebut tidak lagi pernah menyakiti Harry selama 19 tahun.Semua berada di dalam keadaan baik.” Namun Harry sentiasa mengingati kejadian demi kejadian berkaitan dengan parutnya itu.
Tinggalkan sebuah Komentar
Tinggalkan sebuah Komentar
Komentar (1)